“Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal,
sehingga aku tidak memerlukan yang haram,
dan berilah aku kekayaan dengan karuniamu,
sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”
(HR. Ahmad)
"Ya Allah, Tuhan bagi tujuh lapisan langit, juga Tuhan ‘Arasy yang agung. Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Yang menurunkan Taurat, Injil dan Quran. Yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan buah-buahan. Aku mohon berlindung denganMu daripada kejahatan segala suatu yang jahat yang ubun-ubunnya di dalam genggaman-Mu. Engkaulah yang awal, tiada suatu pun yang sebelum Engkau. Engkaulah yang akhir, tiada suatu pun yang selepas Engkau. Engkaulah yang zahir, tiada suatu pun yang di atas Engkau. Engkaulah yang batin, tiada suatu pun yang di bawah Engkau. Tunaikanlah hutangku dan berilah aku kekayaan daripada kefakiran.” (HR. At-Tirmizi dan dinilai Hasan Sahih).
Masih banyak doa doa yang dianjurkan agar kita tetap meminta rezeki untuk kebutuhan hidup didunia